Tuntutan baharu, Netanyahu dakwa Hamas mahu berunding lagi

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 16 Rejab — Perdana Menteri Israel mendakwa perjanjian gencatan senjata masih belum dimuktamadkan selepas wakil rundingan belum menerima pengesahan Hamas.

 

Benjamin Netanyahu berkata Hamas membuat tuntutan baharu dan mahu kembali ke meja rundingan, lapor Reuters. 

 

“Kabinet Israel tidak akan bersidang sehingga perantara memberitahu Israel bahawa Hamas menerima semua elemen perjanjian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Perantara kanan, Izzat El-Reshiq bagaimanapun memaklumkan Hamas komited terhadap perjanjian gencatan senjata sebagaimana dimaklumkan semalam. 

 

Penyokong Netanyahu berharap perjanjian itu tidak terlaksana walau kebanyakan menteri menyokong usaha itu. 

 

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berkata pihaknya hanya akan kekal dalam kerajaan jika negara haram itu meneruskan perang dan menumpaskan Hamas. 

 

Ancaman itu turut disuarakan Menteri Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir yang mahu meninggalkan kerajaan jka gencatan senjata berkuatkuasa.  

 

Pengumuman gencatan senjata pada Ahad tidak sedikit pun membuat Israel menghentikan serangan hari ini dengan 46 rakyat Palestin terkorban.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menara Kuala Lumpur disinari cahaya hijau tanda masuk waktu Maghrib, Isyak

Next Post

Pensyarah dakwa buku Hannah Yeoh mampu pengaruhi umat Islam

Related Posts