Menara Kuala Lumpur disinari cahaya hijau tanda masuk waktu Maghrib, Isyak

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Menara Kuala Lumpur akan disinari dengan cahaya hijau setiap malam untuk menandakan masuknya waktu solat Maghrib dan isyak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Nazli Saad berkata, idea untuk inisiatif itu tercetus secara spontan selepas satu majlis yang diadakan hari ini dengan kerjasama Media Prima Berhad yang mana azan terbaharu telah dilancarkan.

 

“Terinspirasi oleh makna majlis tersebut, Menara Kuala Lumpur memperkenalkan pencahayaan hijau ini sebagai peringatan masuknya waktu solat, sekali gus sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat.

 

“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara Kuala Lumpur dalam menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong program-program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gencatan senjata bukti objektif Israel hapuskan Hamas, halau penduduk Gaza gagal – GSPP

Next Post

Tuntutan baharu, Netanyahu dakwa Hamas mahu berunding lagi

Related Posts