Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 16 Rejab — Perdana Menteri Israel mendakwa perjanjian gencatan senjata masih belum dimuktamadkan selepas wakil rundingan belum menerima pengesahan Hamas.
Benjamin Netanyahu berkata Hamas membuat tuntutan baharu dan mahu kembali ke meja rundingan, lapor Reuters.
“Kabinet Israel tidak akan bersidang sehingga perantara memberitahu Israel bahawa Hamas menerima semua elemen perjanjian itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Perantara kanan, Izzat El-Reshiq bagaimanapun memaklumkan Hamas komited terhadap perjanjian gencatan senjata sebagaimana dimaklumkan semalam.
Penyokong Netanyahu berharap perjanjian itu tidak terlaksana walau kebanyakan menteri menyokong usaha itu.
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich berkata pihaknya hanya akan kekal dalam kerajaan jika negara haram itu meneruskan perang dan menumpaskan Hamas.
Ancaman itu turut disuarakan Menteri Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir yang mahu meninggalkan kerajaan jka gencatan senjata berkuatkuasa.
Pengumuman gencatan senjata pada Ahad tidak sedikit pun membuat Israel menghentikan serangan hari ini dengan 46 rakyat Palestin terkorban.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI:
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/