Mesir tegas bangunkan Gaza tanpa pindah rakyat Palestin

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 4 SYAABAN — Mesir menegaskan pembinaan semula Gaza mampu diteruskan tanpa perlu memindahkan penduduk Palestin dari wilayah itu.  

 

Menteri Luarnya, Badr Abdelatty berkata Mesir mampu membangunkan Gaza tanpa perlu tunduk kepada desakan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.  

 

“Kami mempunyai visi yang jelas mengenai pembinaan semula [Semenanjung Gaza] tanpa menyebabkan pengusiran mana-mana rakyat dari tanah mereka.

 

“Kami mempunyai visi yang jelas dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang media di Kaherah semalam.

 

Abdelatty berkata Mesir mengulangi kesediannya untuk menjadi tuan rumah persidangan pembinaan semula Gaza.

 

Katanya, persidangan itu bakal merintis jalan ke arah pembinaan semula Gaza bagi menyelesaikan konflik berlarutan di antara Israel dan Palestin. 

 

Presiden AS minggu lalu menegaskan Mesir dan Jordan akan bersetuju menerima dua juta rakyat Palestin dalam pelan pembangunan gencatan senjata di Gaza. 

 

Donald Trump berkata sudah banyak yang dilakukan AS dalam membantu Mesir dan Jordan maka pelan pemindahan itu dianggap akan terlaksana. 

 

“Mereka akan buat. Mereka akan menerimanya. Banyak yang kita sudah lakukan untuk mereka. Mereka akan menerimanya,” katanya kepada pemberita di Washington.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Puad: Bina, runtuh kembali; Malaysia bukan baru bantu Palestin

Next Post

Lebih 61,000 nyawa terkorban, Hamas sifatkan Gaza ‘zon bencana’

Related Posts