Satu dunia hanya ‘menonton’ penderitaan di Gaza – OCHA

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 18 SYAWAL — Penderitaan yang berterusan di Gaza tidak boleh dianggap sebagai ‘perkara biasa’ oleh masyarakat antarabangsa, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).

 

OCHA berkata, dunia tidak boleh terus menonton kekejaman yang berlaku setiap hari tanpa tindakan tegas terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing.

 

“Ini mesti dihentikan. Ini tidak boleh dianggap normal,” katanya dalam satu kenyataan. 

 

Kenyataan itu hadir selepas satu lagi minggu yang digambarkan sebagai ‘minggu penuh kengerian’ di Gaza, apabila pelbagai insiden tragis berlaku dalam tempoh yang singkat.

 

Selain itu, antara kejadian yang disenaraikan OCHA termasuk empat serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan oleh kumpulan perompak dalam masa tiga hari, dan kemusnahan sebuah stesen minyak milik PBB dalam satu serangan.

 

Mengulas lanjut, lebih membimbangkan apabila tentera Israel dilaporkan hanya memberikan tempoh 20 minit untuk memindahkan keseluruhan sebuah hospital, yang mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak.

 

“Hari demi hari orang awam terbunuh, hospital diserang, tiada bantuan yang memasuki wilayah yang dilanda perang itu sejak berminggu-minggu, dan keluarga terus hancur,” katanya lagi. 

 

OCHA menegaskan bahawa penderitaan rakyat Gaza semakin memburuk dan situasi semasa tidak lagi boleh diterima sebagai sebahagian daripada ‘realiti peperangan’. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kwong Wah Yit Poh pula disiasat SKMM siar foto Jalur Gemilang tak lengkap

Next Post

Lesen operasi Sin Chew Daily wajar digantung sekurang-kurangnya 6 bulan – Marzuki

Related Posts