Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 17 Rejab — Dr Kamarul Zaman Yusoff menegaskan buku tulisan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mampu mempengaruhi akidah umat Islam.
Penganalisis politik itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Hannah, Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Sangeet: Pada pandangan anda, adakah orang Islam mudah terpengaruh untuk menukar akidah mereka?
Kamarul: Kandungan keseluruhan buku itu boleh mempengaruhi [pembaca Islam].
Sangeet: Memandangkan buku ini adalah ‘Personal Journey’, jadi tiada isu penyebaran [agama Kristian]?
Kamarul: Tidak setuju.
Sangeet: Adakah anda bersetuju bahawa buku ini, kerana ia adalah mengenai perjalanan peribadi, tidak sama dengan penyebaran agamanya?
Kamarul: Saya tidak setuju.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu merupakan defendan dalam kes saman Hannah atas kenyataan Kamarul mendakwa Hannah menyebarkan agama Kristian.
Kamarul didakwa memuat naik dua hantaran Facebook pada 10 Mei dan 17 Mei 2017 mendakwa Hannah mempunyai motif untuk menyebarkan agama Kristian menerusi politik.
Beliau mendakwa buku tulisan Hammah itu diterbitkan bagi memacu agenda Kristian dan mendakwa Hannah berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.
Kamarul bagaimanapun mendakwa tulisannya itu tidak berunsur fitnah dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kandungan buku tersebut.
Beliau diwakili peguam Khairul Azam Aziz dan perbicaraan bersambung hari ini di hadapan hakim Datuk Aliza Sulaiman.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: