Assad tumbang, Syria umum penjawat awam naik gaji 400 peratus

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 6 Rejab — Menteri Kewangan Syria memaklumkan gaji kakitangan awam di negara itu akan dinaikkan 400 peratus bermula Februari ini.  

 

Mohammed Abazeed berkata langkah itu sebahagian daripada usaha menstabilkan ekonomi selepas lebih satu dekad konflik dan sekatan, lapor Reuters. 

 

“Kenaikan ini adalah langkah awal menuju penyelesaian kecemasan terhadap realiti ekonomi negara.

 

“Gaji kakitangan awam semasa rejim Bashar Al-Assad adalah sekitar AS$25 (RM113) sebulan meletakkan mereka di bawah garis kemiskinan,” katanya. 

 

Abazeed berkata gaji penjawat awam untuk Januari juga akan dibayar bermula hari ini menggunakan sumber negara yang ada.

 

Katanya, kenaikan gaji tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak 1.65 trilion pound Syria (RM418 juta) dengan bantuan dana serantau, pelaburan baharu dan pencairan aset.

 

“Pelancaran pelaburan di negara ini dalam masa terdekat juga akan memberi manfaat kepada perbendaharaan negara dan membolehkan kami membiayai kenaikan gaji ini.

 

“Menjelang akhir tahun, kami menjangka memiliki sistem cukai yang dirancang lebih baik dan mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya. 

 

Beliau berkata Bank Pusat Syria mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara sehingga beberapa bulan akan datang.

 

Katanya, 1.3 juta penjawat awam negara itu akan dinilai bagi mengenal pasti mereka yang memiliki kepakaran, kelayakan akademik serta kemahiran yang relevan.

 

Sementara itu, Menteri Luar Syria, Asaad Hassan Al-Shibani menggesa Amerika Syarikat menarik balik sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Syria selama ini. 

 

“Sekatan ini menjadi penghalang kepada pemulihan dan pembangunan rakyat Syria. Bukan lagi seperti tujuan asalnya seperti dikenakan rejim Assad,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ternyata kerajaan meremehkan, menyembunyikan perihal Titah Adendum – Tun Faisal

Next Post

Menang 2-1, mahkamah benar Najib semak kembali titah adendum

Related Posts