Ternyata kerajaan meremehkan, menyembunyikan perihal Titah Adendum – Tun Faisal

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan kerajaan seolah-olah meremehkan dan menyembunyikan Titah Adendum berhubung kes Datuk Seri Najib Razak selepas surat daripada Majlis Kesultanan Pahang didedahkan hari ini.

 

Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman bertarikh 4 Januari lepas itu mengesahkan bahawa titah adendum itu wujud dan sahih.

 

Justeru, beliau mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

 

“Pada 10 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai isu Titah Adendum tersebut kerana ia sedang dalam proses perundangan.

 

“Beliau menyatakan bahawa perkara ini melibatkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong dan beliau telah merujuk isu ini kepada Sultan Ibrahim untuk pertimbangan lanjut,” katanya dalam hantaran di sosial media beliau hari ini.

 

Sementara itu beliau turut berkongsikan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail yang mengesahkan bahawa tiada maklumat mengenai Titah Adendum dan menganggap ia sebagai khabar angin.

 

Tambah beliau,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pula enggan memberikan penjelasan mengenai status Titah Adendum dengan alasan ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

 

“Hari ini sepucuk surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman telah tular di media sosial.

 

“Surat bertarikh 4 Januari itu mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi penahanan di rumah melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

 

“Ternyata PM10 dan kerajaan PH-BN meremehkan dan menyembunyikan Titah Adendum daripada pengetahuan rakyat,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Surat Istana Pahang sahkan Titah Adendum wujud, sahih

Next Post

Assad tumbang, Syria umum penjawat awam naik gaji 400 peratus

Related Posts