Amerika ‘tunduk’ pada Israel kerana takut dengan kekuatan Islam – Prof Azmi

Oleh Azzman Jamal

 

Sudah satu tahun masyarakat di seluruh dunia menyaksikan wajah sebenar Israel yang terus melakukan kekejaman di bumi Palestin sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023.

 

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan dengan menjatuhkan bom di kawasan penduduk padat serta kem pelarian yang disusuli dengan sekatan air bersih dan menghalang bantuan kemanusiaan dari dunia luar.

 

Ditambah pula dengan insiden meliwat tahanan warga Palestin yang mana pelauknya dianggap sebagai seorang perwira dalam kalangan rakyat Israel, komuniti antarbangsa mula mempersoalkan, bagaimana Israel terus mendapat sokongan daripada negara-negara Barat.

 

Terutama Amerika Syarikat (AS), berbilion dolar disalurkan ke negara haram Israel sedangkan rakyat di AS mendesak kerajaan mereka untuk lebih prihatin terhadap isu setempat seperti kadar kemiskinan dan saluran bantuan bagi penduduk yang berdepan dengan bencana alam.

 

Rakyat AS juga mempersoalkan mengapa mereka tidak menerima kemudahan pendidikan dan kos rawatan kesihatan percuma sedangkan manfaat ini boleh didapati di Israel menggunakan pendanaan daripada AS.

 

Malah, semakin ramai juga mula tertanya-tanya, mengapa pemimpin negara Barat khususnya Amerika yang mempunyai ketenteraan dan ekonomi paling kuat di dunia tidak ‘berani’ menghalang Israel melakukan kekejaman di Gaza sedangkan AS sering kali menggelar dirinya sebagai pejuang hak asasi manusia.

 

Menurut pakar geostrategi Prof Dr Azmi Hassan, situasi ini berlaku bukan disebabkan rasa takut terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebaliknya bimbang terhadap kekuatan Islam yang tidak boleh dikawal oleh pemimpin Barat.

 

Justeru, Azmi berkata, komitmen yang ditunjukkan pemimpin AS juga penting untuk mengawal sentimen politik di negara itu menyebabkan tiada mana-mana pemimpin negara berkenaan berani untuk putuskan pendanaan kepada negara haram Israel.

 

“Dalam pemikiran rakyat AS, Israel perlu dibantu. Kalau tak dibantu, maka kekuatan Islam itu akan hancurkan Israel.

 

“Ini menjadi justifikasi politik bukan sahaja bagi rakyat Amerika tetapi kebanyakan rakyat Eropah juga,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Tambah Azmi, dalam ‘menjayakan’ misi ini, maka entiti Hamas dan Hizbullah dijadikan sebagai kambing hitam sedangkan penafsiran sebenarnya ialah ketakutan tehadap kekuatan Islam yang dianggap lebih ‘mengancam’ daripada Rusia.

 

Ditanya mengenai pandangan beliau terhadal situasi di Gaza, Azmi berkata, peperangan yang berlaku wilayah itu dijangka akan berterusan dan tidak mungkin akan tamat dalam masa terdekat.

 

Beliau berkata, situasi di Timur Tengah bertambah buruk apabila berlaku pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pada 27 September lepas.

 

Jelasnya, sebelum pembunuhan Nasrallah, sudah ada ‘cahaya di hujung terowong’ bahawa situasi itu akan berakhir secara beransur apabila karier politik Netanyahu dilihat semakin merudum.

 

Namun, selepas Nasrallah dibunuh, sokongan terhadap Netanyahu dilihat semakin pulih dalam kalangan orang Israel dan pemimpin Barat seperti AS, United Kingdom dan Perancis.

 

“Nampak gayanya, dua minggu sebelum ini, ada potensi penyelesaian, tetapi hakikatnya Netanyahu akan naik muka kerana beliau sudah mendapat sokongan bukan sahaja dari pemimpin negara sekutunya dan juga rakyatnya sendiri.

 

“Justeru, saya tak nampak situasi di Gaza dan Lubnan akan berakhir dalam masa terdekat,” tambah beliau.

 

#TVPertiwi

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

 

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAKIM sahkan lebih 2,700 sekolah agama belum terima dana MoF

Next Post

Fahmi harap pembuat fitnah sedar, CEO MDEC bukan adiknya

Related Posts