‘Perang mereka’, Trump tidak yakin gencatan senjata Gaza kekal

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 21 Rejab — Presiden Amerika Syarikat (AS) tidak berkeyakinan gencatan senjata di Gaza mampu bertahan lama sejak ia dimulakan kelmarin.

 

Donald Trump berkata peperangan di Gaza bukanlah keutamaan AS selepas rundingan gencatan senjata berjaya dimuktamadkan minggu lalu, lapor AP. 

 

“Saya tidak yakin. Itu bukan perang kita tetapi perang mereka,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah Presiden AS ke-47. 

 

Gencatan senjata fasa pertama dimulakan kelmarin dengan pembebasan puluhan rakyat Palestin semalam. 

 

Hamas dijangka akan membebaskan lagi tahanan Sabtu ini dalam usaha membawa pulang rakyat mereka yang ditahan di Israel. 

 

Trump berkata walau beliau tidak yakin dengan proses gencatan senjata namun kerajaannya akan sedaya upaya kembali membangunkan Gaza. 

 

Katanya, kehancuran di Gaza boleh diubah dengan kawasan itu sememangnya mempunyai tarikan pantai dan alam semulajadi. 

 

“Sesuatu yang indah boleh dilakukan di sana. Gaza memiliki pantai yang cantik, cuaca dan lokasi menarik.

 

“Sesuatu yang menakjubkan boleh dibina,” katanya dalam sidang media sama semalam. 

 

Tular video seorang kanak-kanak Palestin maut selepas ditembak tentera Zionis di bulatan Al-Awda di tengah Rafah. 

 

Kejadian itu berlaku di saat Israel dan Hamas bersetuju untuk gencatan senjata fasa pertama membabitkan pertukaran tahanan. 

 

Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mendakwa beliau tidak meletakkan keyakinan Israel akur kepada perjanjian gencatan senjata di Gaza. 

 

Bekas perdana menteri itu berkata Israel sebelum ini ingkar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mencabuli perjanjian gencatan senjata di Lubnan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

ISMA seru konsisten bela Palestin, tolak dakyah Israel

Next Post

Chegubard kecewa polis, SKMM biar pelawak, warga maya hina Islam

Related Posts