Chegubard kecewa polis, SKMM biar pelawak, warga maya hina Islam

Oleh Wartawan TV Pertiwi 

 

BANGI, 21 Rejab — Aktivis politik mempersoalkan tiada tindakan pihak berkuasa terhadap pelawak Harith Iskander dan warga maya yang didapati menghina Islam. 

 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata polis mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengambil tindakan selepas tiga hari penghinaan itu di media sosial. 

 

“Sudah hampir empat hari namun polis tidak bertindak. Rasulullah SAW disamakan dengan babi. 

 

“Kalau orang Melayu Islam buat komen sedikit sahaja 3R (raja, agama, kaum) tetapi bila puak harbi hina Rasulullah, mereka bisu,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kiriman Facebook Harith. 

 

Harith menerusi Facebook memuatkan poster ‘Kopi Ham Sap’ mendakwa imannya “tergugat” yang kononnya akan membuat laporan polis. 

 

Sementara itu, tular seorang pengguna Facebook menggunakan nama ‘Cecelia Yap Song KL’ mengulas kiriman itu menghina Nabi Muhammad. 

 

Warga maya itu mendakwa semua yang bernama “Mohammad” perlu dinamakan semula.   

 

Setakat laporan ini ditulis, kiriman Harith itu mengundang lebih 9,000 komen dan mendapat lebih 1,000 perkongsian. 

 

Rata-rata warga maya yang mengulas kiriman itu kecewa dan mengecam Harith menjadikan isu ‘ham’ sebagai penghinaan kepada agama Islam.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Perang mereka’, Trump tidak yakin gencatan senjata Gaza kekal

Next Post

Speaker: Indonesia akan bincang cadangan AS pindahkan rakyat Gaza

Related Posts