Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion dihentikan selepas tentera negara haram Israel mengumumkan darurat di Tel Aviv, demikian menurut laporan media antarabangsa.
Difahamkan, ia susulan serangan berterusan Hizbullah di Israel yang melancarkan peluru berpandu ke kawasan pinggir bandar mengakibatkan letupan besar.
Menurut Aljazeera, Hizbullah juga melakukan serangan terhadap pangkalan Gilot yang terletaknya unit perisikan tentera Israel, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Laporan itu berkata, sebanyak 12 peluru pandu jarak sederhana dilancarkan terhadap wilayah Haifa dan Tel Aviv sekali gus menunjukkan keupayaan Hizbullah untuk terus berperang.
“Kumpulan bersenjata dari Lubnan itu mendakwa telah mengebom pangkalan tentera laut Stella Maris di barat laut Haifa.
“Hizbullah juga memuat naik gambar di Telegram bersertakan kapsyen yang mendakwa mereka telah melancarkan peluru berpandu ke utara Caesarea di mana terletaknya kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu,” demikian menurut laporan Aljazeera.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI