Polis siasat kematian 4 individu hadir konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Polis sedang menyiasat kematian empat individu yang menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway di Subang Jaya ketika sambutan ambang tahun baharu semalam.

 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihak polis mengesahkan menerima empat laporan polis daripada pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian melibatkan dua lelaki dan dua wanita warga tempatan.

 

Katanya, bedah siasat telah dijalankan semalam dan punca kematian masih diklasifikasi sebagai ‘menunggu siasatan makmal’.

 

“Pemeriksaan ke atas semua mangsa yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun mendapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan.

 

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

 

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan melibatkan semua mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 1,000 bayi Palestin terkorban dalam serangan berdarah Israel

Next Post

Agensi PBB selar Israel halang ke utara Gaza lebih 140 kali

Related Posts