Lebih 1,000 bayi Palestin terkorban dalam serangan berdarah Israel

GAZA, 2 Rejab – Hampir 1,100 bayi Palestin dilaporkan terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa.

 

Pejabat media kerajaan Gaza menyatakan bahawa 1,091 bayi terkorban dalam serangan ganas Israel, termasuk 238 bayi yang baru lahir.

 

Israel melancarkan perang besar-besaran terhadap Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023, meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan resolusi yang mendesak gencatan senjata segera.

 

Setakat hari ini, lebih 45,550 orang telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 108,300 yang lain mengalami kecederaan.

 

Selain itu, Tel Aviv turut mengenakan sekatan ketat terhadap Gaza, menyebabkan seluruh penduduk wilayah itu berdepan ancaman kebuluran.

 

Pihak berkuasa kesihatan turut melaporkan sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk enam bayi, maut akibat kesejukan melampau di tengah-tengah sekatan Israel di wilayah itu.

 

Pada bulan November, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

 

Israel juga kini berdepan tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa akibat tindakannya terhadap wilayah tersebut.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS bantu Siti Mastura bayar saman, elak PRK Kepala Batas

Next Post

Polis siasat kematian 4 individu hadir konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway

Related Posts