BANGI, Isnin – Lapan bulan berlalu, kehilangan seorang guru wanita di Johor Bahru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 terjawab apabila polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui di Melaka pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Beliau berkata, risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.
“Pasangan yang ditahan di Chemor, Perak telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan.
Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mangsa.
“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap suspek lelaki yang ditahan,” katanya lagi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.