BANGI – Imej Israel yang terpalit dengan situasi buruk kemanusiaan di Gaza, menjadi penyebab kerajaan tempatan Nagasaki di Jepun kekal tidak tunduk kepada tekanan daripada negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).
Kerajaan tempatan itu tetap dengan keputusannya untuk tidak menjemput pegawai I5r43l ke acara tahunannya pada 9 Ogos ini bagi memperingati pengeboman nuklear Amerika Syarikat, AS ke atas Jepun semasa Perang Dunia ke-2.
Memetik TRT World, Datuk Bandar Nagasaki Shiro Suzuki berkata keputusan itu “bukan bermotifkan politik,” dan keputusan itu dibuat kerana kebimbangan situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza dan bantahan awam terhadap serangan itu mungkin mengganggu majlis berkenaan, lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo.
Keputusan Suzuki, itu juga menyebabkan wakil AS, UK, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan EU turut tidak menghadirkan diri kerana menolak IsraeL.
Menurut Middle East Eye, Duta Amerika dan Britain ke Jepun turut mengumumkan mereka tidak akan menghadiri majlis pada hari Jumaat itu susulan Israel tidak dijemput .
Setiap tahun, lebih 150 negara dan wilayah menghantar orang kenamaan ke upacara peringatan tahunan Jepun. Tahun ini, Israel dikecualikan bersama Rusia dan Belarus, yang telah ditinggalkan sejak 2022 kerana perang di Ukraine.
79 tahun lalu, iaitu pada tanggal 6 Ogos 1945, AS menggugurkan bom atom pertama di Hiroshima, memusnahkan 90 peratus bandar itu dan membunuh 80,000 orang secara serta-merta.
Tiga hari kemudian, satu lagi bom atom dijatuhkan di Nagasaki, di mana sekurang-kurangnya 40,000 orang dilaporkan mati serta-merta.