KUALA LUMPUR, Jumaat – Kerajaan perlu agresif mencari penyelesaian jangka pendek bagi membantu rakyat menghadapi inflasi di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan.
Kerajaan haruslah bertindak agresif dalam mencari penyelesaian untuk jangka masa pendek bagi membantu rakyat menghadapi inflasi di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan kini.
Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Professor Madya Dokter Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, mengenakan Cukai Makmur kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi harus diketengahkan kerana ia dapat membantu kerajaan menampung subsidi minyak masak yang diberikan kepada rakyat.
Tambahan pula, beliau melihat Senario ini sama seperti Cukai Makmur yang dikenakan kepada syarikat seperti Top Glove yang menjana keuntungan berlipat kali ganda disebabkan permintaan sarung tangan getah yang melonjak ketika penularan Covid-19 di seluruh dunia.
Memetik Utusan, beliau menegaskan bahawa syarikat yang mendapat ‘durian runtuh’ daripada keadaan semasa seperti perusahaan kelapa sawit serta, minyak dan gas yang memanfaatkan kenaikan harga global dan pihak bank haruslah dicadangkan untuk membayar Cukai Makmur supaya dapat disalurkan kepada rakyat sebagai langkah jangka pendek.
Terdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan telah memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/