BANGI, Isnin – Kehilangan Istiqomah Ahmad Rozi, 33, terjawab.
26 Disember 2023 -selepas keluar dari rumah Istiqomah dikatakan tidak pulang ke rumah setelah pergi ke pasar raya. Ibu kepada tiga cahaya mata berusia di antara empat dan sembilan tahun. Istiqomah, seorang guru dikatakan hilang setelah hanya keretanya sahaja ditemui sekitar area Lotus Kota Masai bersama kunci. Bagaimanapun Istiqomah tidak kelihatan.
27 Disember 2023 – Mohd Yusof Mokhtar, 35, suami Istiqomah membuat laporan polis.
28 Disember 2023 – media mula melaporkan suami Cikgu Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, setia menunggu kepulangan isterinya yang tercinta.
31 Disember 2023 – mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.
Mangsa pada ketika itu dalam siasatan awal, mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.
Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya
Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.
Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ia ditemui.
Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.
12 Ogos 2024 – polis sahkan mayat ditemui adalah Cikgu Istiqomah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan identiti mayat yang ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33.