
SELASA, 4 JANUARI – Jangkitan kes varian Delta di Kelantan kini membimbangkan apabila 60 kes direkodkan dalam masa sembilan hari sejak 26 Disember lalu sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan dikesan menerusi kajian berterusan makmal Kementerian Kesihatan (KKM).
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata :
“Varian ini sudah lama berada dalam komuniti kita dan jangkitannya terlalu cepat jika individu yang positif tidak mengambil langkah kuarantin diri,”
Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes varian Delta dicatatkan di negeri ini sebanyak 170 kes. Penularan varian Delta yang tinggi dalam masa sembilan hari amat membimbangkan memandangkan varian berkenaan berbahaya dan cepat merebak.
Dr Zaini berkata, kes jangkitan varian Beta yang dikesan di negeri ini sehingga semalam adalah sebanyak 27 kes. Katanya, keseluruhan jangkitan kes varian Delta serta Beta adalah sebanyak 197 kes dan setakat ini tiada kes membabitkan varian Omicron.
Angka harian positif covid-19 pada 3 Januari merekodkan jumlah di bawah paras 3,000 iaitu 2,690 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif mangsa yang dijangkiti Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,767,044 kes.
Untuk pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi portal covid now selepas tengah malam.