Oleh Azzman Jamal
BANGI, Khamis – Perbuatan memaparkan bendera China pada replika roket yang dipasang ketika Karnival Lampu LED di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambar dianggap sebagai tindakan tidak sensitif dan mencetuskan provokasi.
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahirihan Jani mendesak supaya tindakan tegas diambil termasuk pendakwaan di mahkamah terhadap penganjur selain menutup operasi karnival berkenaan serta merta.
Katanya, sebaranga tindakan permohonan maaf tidak cukup untuk menutup kesalahan itu.
“Saya ingin menasihatkan penganjur dalam apa-apa jua program selepas ini supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat dan tidak mencetuskan provkasi yang boleh mencetuskan kegelisahan masyarakat serta berhati-hati terutama dalam soal perpaduan dan keselamatan negara.
“Saya menegaskan bahawa masyarakat di Gambir sangat menjunjung tinggi kehidupan harmoni dan bersatu padu serta saling menghormati adat kebudayaan dan kepercayaan masing-masing.
“Masyarakat di Gambir juga jelas menolak sebarang usaha tersirat yang bertujuan mempromosikan sesuatu yang bertentangan dengan semangat perpaduan dan sayangkan Malaysia negara yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Sahrihan berkata, sejak isu itu diviralkan, beliau telah menghubungi dengan pihak Majlis Daerah Tangkak bagi menyuarakan rasa kebimbangan bahawa perkara itu akan mencetuskan kegelisahan masyarakat.
Katanya, beliau menekankan satu tindakan proaktif termasuk membatalkan permit dan penganjuran program tersebut sekiranya benar pihak penganjur tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah dan pihak keselamatan.
“Saya sentiasa dikemaskinikan dengan perkembangan siasatan serta tindakan lanjut yang bakal diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak keselamatan dalam menangani isu ini.
“Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pemuda UMNO Ledang yang terkehadapan dengan membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan awal berhubung isu ini.
“Saya difahamkan secara tidak rasmi bahawa karnival ini akan diberhentikan operasinya bermula hari ini,” tambah beliau.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI