SABTU, 25 DISEMBER – Pasca banjir menyaksikan penduduk sibuk membersihkan rumah masing-masing.
Tinjauan kru TV Pertiwi pagi tadi di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam mendapati keadaan jalan dipenuhi debu dan sampah sarap masih memenuhi jalan.
Kebanyakan mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing bagi kerja-kerja pembersihan.
Walaupun air banjir sudah surut namun trajedi banjir kali ini menjadi memori pahit buat penduduk di sini.
Penduduk turut meluahkan rasa kecewa kepada agensi berkaitan. Selain bantuan lambat diberikan, punca banjir teruk juga dipercayai disebabkan penggunaan sistem pam air yang ketinggalan.
Zanari Abu Bakar, Penduduk Taman Sri Muda berkata :
“Saya amat kecewa dengan JPS punya sistem sepanjang 30 tahun duduk dekat sini yang ni saya minta sangat kerajaan Selangor JPS bagi tindakan immediately keluarkan bajet puncanya kita tahu I faham dari segi teknikal sri muda platform dia very low memang kawasan paling rendah Cuma kita minta JPS bertindak pantas dan dibantu menteri besar Selangor keluar bajet muka sauk tu upgrade ini bukan zaman kuno ini zaman teknologi kalau tak upgrade sistem GPS yang ada dekat muka sauk sana masalah ni Sri muda memang akan berlaku.
Ketika dalam detik-detik cemas rumah dinaiki air, ada sebahagian penduduk bertekad keluar dari rumah meredah banjir setinggi paras dagu sejauh satu kilometer bagi menyelamatkan diri.
Aqilah Muhd Azmi, Penduduk Taman Sri Muda juga berkata :
“Air masa tu dah paras dagu kawan akak dia rendah memang dah terkapai-kapai masa tu depan ada orang tolong ada bawa gabus stand dekat dia gabus tu kita pun tolak masa tu memang deras so nak tak nak memang kitaorang berhenti dekat pagar rumah orang berpaut dekat situ dah ok sikit kita gerka lagi jalan sampai naik ke atas, dekat atas Petronas tu tinggi sikit kitaorang naik tu air dah poaras lutut kitaorang bermalam ada satu kilang ni dia buka untuk orang2 dekat situ.
“Akak mengharap macam kerajaan ni tolonglah kitaorang bantu tak kan sampai bila kitaorang hidup banjir macam ni setahun dah 3 kali banjir penah dah sedih.”
Zahari Atan sebagai Penduduk Taman Sri Muda berkata bahawa :
“Kita nak dapatkan pertolongan pihak keselamatan tu agak lambatlah pukul 10 datang dah dia bawa orang sebelah sana lepas tu kita beritahu seorang dekat sini kena ngina ahmar jadi kita nak bawa dis so dia kata tunggu sampai tengah hari esok tak sampai lagi bomba jadi keesokkannya pagi bomba sampai kita bawa keluar dengan jiran sebelah
Banjir yang melanda Selangor baru-baru ini dianggap antara terburuk berlaku dalam tempoh tujuh tahun ini.
Taman Sri Muda antara kawasan yang paling teruk dinaiki air. Persoalannya, sampai bila penduduk di sini terpaksa hadapi banjir?