Oleh Ezzati Asyiqin, wartawan TV Pertiwi.
SELASA, 4 JANUARI – Akhir-akhir ini terdapat pertambahan identifikasi diri yang menolak identifikasi sedia ada dan juga menafikan seksbiologi.
Gerakan itu secara tidak langsung melanggar fitrah jantina manusia yang diciptakan Allah iaitu lelaki atau perempuan atau khunsa.
Gaya hidup itu semakin ketara diperkenal dengan pelbagai terminologi seperti Lesbian, Gay, Bisekual, Transgender dan juga queer atau lebih dikenali sebagai LGBTQ.
Tidak setakat itu – ada lagi tambahan identiti songsang dengan kategori terbaharu iaitu non-binary, yang menolak mana-mana jantina sama ada lelaki atau perempuan, yang cuba diserap atas nama kebebasan manusia.
Wartawan Ezzati Asyiqin Solleh menyingkap permasalahan kecelaruan jantina abad ini.
Non binary atau hujah tatabahasa, gender ketiga ini tidak mengakui sama ada lelaki ataupun perempuan.
Menurut Profesor Madya Doktor Rafidah Hanim Moktar yang juga Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) gerakan itu sekaligus mengkucar-kacirkan sistem masyarakat.
Malah, membangkitkan ideologi pemikiran baharu yang nyata bercanggah terutama bagi orang Islam yang ditunjuk ajar mengikut sunnatullah dan sunnah Rasulullah.
DR Rafidah Hanim Mokthar, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) berkata :
‘’…dia bukan lelaki dia bukan perempuan, mereka menggunakan Bahasa mengidentifikasikan wanita sebagai she, lelaki sebagai he jadi untuk orang sebegini mereka kata mereka taknak guna he ataupun she mereka nak gunakan it ataupun they. Satu konsep yang sebenarnya sangat asing dan kita melihat ia sebagai satu bentuk apa nama kita panggil ideologi pemikiran yang kalau kita di Malaysia tidak berhati-hati ia akan mengganggu banyak perkara daripada segi agama Islam kita daripada segi undang-undang, daripada segi hubungan sosial dan banyak lagi system…’’
Meskipun di Malaysia belum wujud golongan yang menuntut jantina ketiga ini, namun terdapat cubaan untuk diperkenalkan dalam kelompok sosio budaya negara antaranya diperjuangkan melalui artis antarabangsa, yang mudah menyelinap masuk dalam pengaruh golongan muda.
“….Antara contoh ataupun selebriti terkenal yang menggunakan konsep non-binary ini adalah penyanyi lagu frozen, demi levato. Tak silap saya apabila konsep ini mula mendapat perhatian daripada barat dia menggangu banyak perkara kerana saya ambil jika kita tidak menggunakan hujah agama pun dia menjadikan sesuatu yang mengkucar-kacirkan sistem masyarakat. …’’
Justeru katanya apa sahaja usaha untuk memperkenalkannya harus ditentang, apatah lagi apabila ada badan yang secara tidak sedar menormalisasikan budaya itu yang jauh menyimpang dengan perlembagaan negara ini.
‘’…Oleh sebab itulah apabila konsep non-binary ini mula diperkenalkan dalam proposal SUHAKAM saya rasa ia lebih kepada perkara promosi daripada membela nasib seseorang sebab bendanya tak ada lagi di Malaysia. Jadi kita rasa amt tidak wajarlah bagi suatu pertubuhan hak asasi walaupun ianya bersifat Suruhanjaya untuk membawa idea yang tidak selari dengan perlembagaan persekutuan Malaysia, dan tidak selari dengan agama dan bukan sahaja Agama Islam saya banyak bicnang dengan sahabat-sahabat beragama krisitian dan juga budhist dan hindu mereka juga mengatakan bahawa adalah sesuatu yang amat pelik untuk seseorang individu tidak mempunyai sebarang jantina pengenalan …’’
Menurut Doktor Rafidah lagi, dari sudut perundangan banyak klausa yang meliputi pelbagai aspek diperuntukkan kepada jantina yang diiktiraf iaitu lelaki atau perempuan, baik undnag undnag sivil atau syariah.
‘’…bahkan dalam kata SUHAKAM sendiri pun untuk klausa pemilihan pesuruh jaya, pesuruh jaya hendaklah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang memenuhi kriteria. Jadi dekat situ pun boleh dicabar apabila kita memperkalkan non-binary dalam masyarakat kerana orang yang dia tidak mahu dikenali sebgai lelaki atau perempuan akan mencabar undang-undang ini
Menjelaskan lebih lanjut, tindakan SUHAKAM yang cuba mempromosikan gender ketiga ini sangat dikesali kerana sepatutnya SUHAKAM menolak kriteria ini sebagai salah satu pematuhan kepada prinsip yang ditetapkan National Human Rights Institutions (NHRI).
‘’.. bagi NHRI ni ada satu badan yang mengawal selianya dan merek memberi pemarkahan kepada NHRI seperti SUHAKAM ni dan semua negara-negara yang menyertai proses penilaian hak asasi UN. Kita sepatutnya ada identiti sendiri dan menyelesaikan masalah kita sendiri kita tak sepatutnya mengikuti step- by steps yang ditetapkan oleh Paris Principle jika kriteria tersebut tidak selari ataupun bertentangan dengan identity negara Malaysia . Jika tidak pun SUHAKAM seharusnya kental dan jangan mengangguk dengan pematuhan itu dan menggadai nilai Islam dan juga perundangan Malaysia sebagai negara berdaulat.