SELASA, 28 DISEMBER – Sesiapa sahaja boleh mencipta gimik politik namun hakikat yang sebenar sejauh mana bantuan benar-benar disampaikan kepada rakyat.
Penganalisis Politik, Profesor Doktor Kartini Aboo Talib berkata, tindakan NGO bersifat inovatif mencipta bentuk pertolongan kepada rakyat tanpa menunggu kerajaan perlu diberi pujian kerana bertindak pantas membantu rakyat.
Prof DR Kartini Aboo Talib, Penganalisis Politik berkata :
“tetapi hakikat yang perlu diukur sejauh mana bantuan yang sebenar telah disampaikan kepada rakyat. imej gimik politik itu saya kira semua orang boleh mencipta gimik tetapi hakikat sebenar bagaimana perkhidmatan untuk membantu rakyat dalam keadaan sukar ini telah capai atau tidak dan kalau kita perhatikan kesuburan demokrasi ngi hidup subur dalam masyarakat dan mereka ini juga kita Nampak telah bersedia berganding bahu bekerjasama tanpa menunggu kepada kerajaan sebagai sumber untuk menyampaikan bantuan.
Dalam pada itu, Profesor Kartini turut berpandangan tidak semua rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan bertindak mempersenda ahli politik.
Bagaimanapun katanya, sekiranya rakyat sudah tidak mempercayai ahli politik, sistem demokrasi baru perlu diwujudkan yang berasaskan teknokrat serta mereka yang pakar dan berpengalaman dalam pemerintahan negara.
“Saya kira tak semua rakta meletakkan persepsi yang sama hilang kepercayaan kepada wakil rakyat adakah rakyat yang dimasukan sekelompok netizen yang dibayar untuk menulis memberi komen yang kurang sihat jadi perkara ini perlu kita perincikan lagi apa yang dimaksudkan dengan rakyat adakah rakyat tertentu dipilih sebagai netizen yang mungkin komen atau hakikatnya rakyat di luar sana yang di akar umbi tidak terlibat dengan netizen ini masih lagi mempercayai sistem yang sedia ada.”
“Kalaulah rakyat tidak mempercayai politik berperwakilan maka sistem demokrasi baru perlu diwujudkan maknanya sistem perwakilan yang bagaimana dirasakan sesuai adakah demokrasi berasaskan teknokrat mereka yang pakar dan berkemahiran sahaja untuk mewakili aspirasi rakyat tentu tidak lagi memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih tetapi meletakkan kuota dan merit tertentu teknokrat dan atau mereka yang pakar dan mahir saja dilantik untuk mewakili mengurus tadbir negara jadi kita pulang kepada rakyat tidak boleh lagi meletakkan sewenang-wenangnya untuk tidak mempercayai rakyat kerana sistem demokrasi kita ini adalah sistem demokrasi berpewakilan dan rakyat perlu memilih dalam kalangan rakyat untuk mereka.