Benjamin Netanyahu kembali  ke mahkamah, berusaha dapatkan pengampunan

TEL AVIV, 11 JAMADILAKHIR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hadir di Mahkamah Daerah di sini, buat kali pertama sejak memohon pengampunan daripada Presiden Isaac Herzog dalam perbicaraan rasuah yang sedang dihadapinya.

Menurut Saluran 12 Israel, sesi perbicaraan Netanyahu bermula semalam “tanpa hakim menyentuh mengenai permohonan pengampunan itu.”

Saluran itu menambah bahawa Netanyahu memohon agar kehadirannya ke mahkamah hari ini, dibatalkan atas alasan “jadual diplomatik dan keselamatan.”

Hakim memaklumkan mereka akan mempertimbangkan permohonan itu, lapor saluran itu.

Ahad lalu, Netanyahu meminta Presiden Israel memberinya pengampunan daripada pertuduhan rasuah yang membelenggunya selama bertahun-tahun.

Permintaan itu mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat Israel apabila ramai menentangnya kecuali Netanyahu mengaku bersalah dan berundur daripada politik.

Herzog dilaporkan berkata, beliau hanya akan memikirkan apa yang “terbaik untuk Israel.”

Isu itu “jelas mencetuskan perdebatan dan sangat mengganggu ramai rakyat di negara ini dari pelbagai komuniti,” kata Herzog dalam satu kenyataan.

Netanyahu berulang kali berusaha membatalkan atau memendekkan sesi perbicaraannya dengan alasan perjalanan, keselamatan, urusan politik, atau kesibukan beliau menguruskan operasi ketenteraan Israel di Palestin, terutama Gaza.

Perdana Menteri Israel yang perbicaraannya bermula pada 24 Mei 2020, merupakan pemimpin pertama negara itu yang memberi keterangan di kandang saksi sebagai tertuduh jenayah ketika masih memegang jawatan.

Beliau berdepan tiga kes rasuah berasingan yang dinafikan oleh Netanyahu.

Netanyahu turut berdepan pertuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, pada November 2024 berhubung kekejaman di Gaza yang meragut nyawa lebih 70,000 orang, kebanyakan wanita dan kanak-kanak sejak Oktober 2023. – TRT WORLD

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

DAP tolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sabah

Next Post

‘Bagi saya jadi Menteri Pendidikan, masalah selesai dalam 2 tahun’ – Cikgu Izzat

Related Posts