Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 16 Rejab — Kumpulan pejuang pembebasan Palestin, Hamas merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata.
Ahli Biro Politiknya, Khalil Al-Hayya berkata penghargaan itu turut disampaikan kepada beberapa negara yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, lapor Anadolu.
“Pendirian terhormat semua negara yang menyokong kami dalam pelbagai bidang terutama saudara kami di Türkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China, Malaysia, dan Indonesia.
“Apa yang dilakukan oleh penjajah [Israel] dan para penyokongnya dalam genosid kejam, hingga jenayah menyerupai Nazi, akan terus terukir dalam ingatan rakyat kami dan dunia.
“Ia sebagai salah satu genosid paling kejam dalam era moden,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Hamas dan Israel bersetuju dengan syarat perjanjian gencatan senjata melibatkan pengunduran tentera serta pembebasan tahanan.
Penduduk Gaza bersorak gembira dengan menari diiringi alunan muzik di pinggir jalan Khan Yunis selepas mendengar perjanjian gencatan senjata berjaya dimuktamadkan.
Perjanjian penuh gencatan senjata itu masih belum didedahkan namun ia membabitkan permulaan awal enam minggu dengan pengunduran tentera Israel secara berperingkat.
Khalil berkata penghargaan juga diberikan kepada penduduk Palestin yang tabah bertahan selama 15 bulan sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa.
“Dalam detik bersejarah ini, kami sampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: