GAZA, 4 Syaaban – Kerugian awal yang dialami oleh Gaza akibat perang genosid Israel dilaporkan mencecah $50 bilion.
Angka tersebut termasuk kemusnahan besar terhadap infrastruktur, rumah, hospital, serta pelbagai kemudahan awam yang penting untuk kelangsungan kehidupan rakyat di wilayah tersebut.
Menurut laporan yang dikeluarkan agensi kemanusiaan antarabangsa, selain daripada kerugian material yang besar, puluhan ribu nyawa telah terkorban dan ribuan lagi tercedera akibat serangan udara dan pertempuran darat yang berterusan.
“Kerugian ini bukan sahaja merangkumi aspek fizikal, tetapi turut memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi Gaza yang sudah sedia rapuh.
“Infrastruktur yang rosak teruk menyukarkan proses pemulihan dan menambah tekanan terhadap sistem kesihatan yang sudah berada dalam keadaan kritikal,” kata jurucakap agensi kemanusiaan tersebut.
Setakat ini, angka kematian di Gaza menghampiri 47,500 ketika petugas perubatan menemui mayat dari bawah runtuhan.
Banyak mangsa masih dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi