SPRM akan panggil Shamsul Iskandar dan Albert Tei

BANGI, 5 JAMADILAKHIR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat tohmahan pemberian rasuah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah, iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam tempoh terdekat bagi memberi keterangan.

Selain itu, katanya SPRM akan memanggil semua pihak yang terlibat bagi tujuan mengumpul bukti yang diperlukan.

“Sehubungan itu, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook SPRM, hari ini. 

Azam berkata, ini juga bagi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini.

Semalam, media melaporkan pendedahan Albert Tei yang antara lain mendakwa telah memberikan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dengan alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Shamsul Iskandar yang mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada 23 Disember 2022, mendakwa terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej kerajaan Madani.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Singapura arah TikTok, Meta sekat akaun bekas tahanan ISA suarakan isu Melayu-Islam

Next Post

Pembinaan karakter pelajar bermula di rumah – Cikgu Izzat

Related Posts