
(sayur-sayuran, foto hiasan / sumber : timeout)
Oleh Wartawan Ruszaini Ruslan, TV Pertiwi.
JUMAAT, 26 NOVEMBER – Ketika kenaikan harga ayam, ikan dan telur di pasaran dahulu, rakyat disarankan untuk memilih sayur-sayuran. Namun harga sayur yang kini naik mencanak, menimbulkan rasa kurang senang terhadap rakyat.
Wartawan Ruszaini Ruslan ada laporannya. Sebelum ini, media tempatan melaporkan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran. Hari ini saya meninjau sendiri di Pasar Basah Bandar Baru Bangi bagi memastikan perkara tersebut, dan ternyata ianya adalah benar.
Antara sayur yang mengalami kenaikan harga paling ketara adalah brokoli, yang kini mencecah 23 ringgit sekilo, berbanding sekitar 8 ringgit sebelum ini.
Kubis bunga yang dahulu sekitar 7 ringgit sekilo, kini naik sehingga 14 ringgit 50 sen. Kacang buncis naik18 ringgit, berbanding sekitar 8 ringgit sekilo sebelum ini.
Harga cili merah dan cili hijau pula naik sehingga 18 ke 20 ringgit sekilo, berbanding sebelum ini yang hanya sekitar 10 ke 13 ringgit sekilo. Selain itu, sayuran jenis daun seperti sawi, kangkung, bayam dan daun salad juga turut mengalami kenaikan harga.
Rostina Mohd Daud, Pembeli berkata, “memang terasa lah, sebab biasanya kalau bajet kita……sekarang kena lebih lah, mungkin seratus setengah”.
Akbar Salehuddin, Pembeli juga berkata, “saya harap mungkin harga-harga ni boleh dipantau lah……ataupun mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yg tetap dan sebagainya”.
Rosnah Othman sebagai pembeli menyatakan bahawa, “kerajaan kena buat sesuatu lah untuk control……tak sepatutnya ada masalah timbul atau perlu naik harga barang-barang semua sayur ni kan”.
Peniaga yang ditemui juga tidak mampu untuk memberi penjelasan mengenai punca sebenar kenaikan harga sayur-sayuran ini, kerana menurut mereka para pembekal juga turut merungut perkara yang sama.
Namun, mereka mengandaikan kenaikan harga baja tanaman di peringkat pekebun adalah salah satu punca.
Mereka juga tidak menolak kemungkinan cuaca hujan akhir-akhir ini menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran tempatan, dan musim sejuk di luar negara merencatkan pengeluaran sayur-sayuran import.
Selamah Sharif sebagai peniaga berkata, “habis dah keperluan, kenaikan mcmana pun orang mesti nak beli jugak kan……nak taknak, terpaksalah”.
Roziah Kamaruzaman, peniaga berkata, “pihak pembekal pun kalau kita nak cakap pun diorg tak boleh cakap apa……jangan turun padang ke pasar, turun padang ke ladang”.
Malaysia bukanlah negara yang sihat. Itu kata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu program bual bicara di TV1 ketika pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat pada 11 November lalu.
Namun, dengan kenaikan harga sayur-sayuran yang menjadi salah satu sumber zat kepada manusia, mampukah agenda tersebut direalisasikan?
“kalau dulu ayam dan ikan naik harga……laporan Ruszaini Ruslan, TV Pertiwi”