Harga RON97, diesel di Semenanjung meningkat 3 sen – MOF

Gambar hiasan

BANGI, 20 MUHARRAM – Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik 3 sen kepada RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 17 Julai hingga 23 Julai.

Sementara itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 19 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

“kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bersukan waktu malam menyebabkan kematian?

Next Post

Israel mengganas lagi di Damsyik, 3 maut 34 cedera

Related Posts