SELASA, 25 JANUARI – Kes positif COVID-19 membabitkan kluster pendidikan di negeri ini, dianggap membimbangkan apabila seramai 525 pelajar dan 25 guru disahkan dijangkiti setakat ini.
Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata;
“…jumlah itu adalah membabitkan lapan kluster pendidikan yang dikesan di seluruh negeri menyebabkan 15 sekolah terpaksa ditutup.”
Datuk Najmi Ahmad, Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah berkata :
“Di Kedah terdapat 15 sekolah terjejas akibat COVID-19 membabitkan 525 pelajar, semua sekolah perlu memberi perhatian terhadap usaha meningkatkan tahap pematuhan SOP masing-masing,”
“Banyak kes berlaku di asrama sekolah harian yang terbuka, jadi diharapkan mereka mempertingkatkan pelaksanaan SOP di sekolah,”
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan pihak pengurusan sekolah meningkatkan pemantauan termasuk memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan kes positif COVID-19 membabitkan pelajar sekolah antaranya di Daerah Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda.
Mengulas lanjut, Najmi berkata, secara keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di sekolah masih dalam keadaan terkawal dan ibu bapa diharap tidak terlalu bimbang.
Angka harian covid-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,856 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti covid-19 sebanyak 2,836,159 kes.
Bagi pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik meneruis laman web covidnow selepas tengah malam ini.