Oleh Kamil Awang
Ahli Parlimen PKR mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kelihatan lebih bijaksana jika menegaskan hak untuk wujud adalah sebuah negara P4l35t1n yang merdeka.
Hassan Karim berkata rakyat dan pejuang P4l35t1n yang seharusnya diberikan hak untuk mempertahankan diri bukan sebagaimana pengakuan Perdana Menteri.
“Adalah lebih bijaksana jika Perdana Menteri menjawab bahawa yang ada hak untuk wujud ialah sebuah negara P4l35t1n merdeka.
“Manakala hak untuk mempertahankan diri ialah hak rakyat dan pejuang P4l35t1n bukannya Z10n15 15r43l yang menjajah dan menduduki bumi P4l35t1n,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas pengakuan Anwar yang memberikan hak 15r43l untuk wujud dan mempertahankan diri ketika ditemu bual wartawan CNN, Richard Quest.
Menteri Komunikasi minggu lalu menafikan Anwar menyatakan solidariti kepada 15r43l menerusi wawancaranya bersama CNN.
Fahmi Fadzil berkata wawancara berkenaan sudah disunting dan menjadi medan untuk memfitnah Perdana Menteri.
Hassan berkata Fahmi sewajarnya menyiarkan wawancara penuh CNN bersama Anwar agar persepsi salah rakyat dapat dibetulkan.
“Fahmi menyatakan terdapat suntingan yang disengajakan ke atas wawancara Anwar dengan wartawan CNN tersebut untuk tujuan mewujudkan persepsi yang salah.
“Maka adalah tanggungjawab Menteri Komunikasi mengemukakan keseluruhan wawancara tersebut tanpa sebarang suntingan,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata kenyataan Anwar kepada CNN itu perlu dilihat dalam konteks menyeluruh kerana Malaysia masih berpegang kepada penyelesaian dua negara.
Katanya, pendirian penyelesaian dua negara bermakna wujud dua negara 15r43l dan P4l35t1n yang merdeka.
“Apabila Malaysia berpegang kepada penyelesaian dua negara, ia membawa makna jawapan Anwar kepada wartawan CNN itu tidaklah salah.
“Pendirian Malaysia yang disuarakan oleh Anwar di peringkat antarabangsa dan di dalam negeri termasuk di Parlimen Malaysia tetap konsisten.
“Malaysia tidak pernah mengiktiraf15r43l. Kedua, Malaysia tegas mempertahankan hak rakyat P4l35t1n dan Malaysia berusaha secara aktif memperjuangkan kemerdekan P4l35t1n,” katanya.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI