Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 13 RAMADAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Transit Malaysia menyarankan kerajaan melaksanakan caj kesesakan di Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan bilangan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di ibu kota.
Dalam satu kenyataan hari ini, NGO itu mencadangkan kaedah pelaksanaannya dilakukan secara berperingkat serentak dengan usaha menaiktaraf pengangkutan awam.
“Sebagai contoh, pelaksanaan caj kesesakan di Singapura, London, Stockholm, Paris dan New York menunjukkan keberkesanan lam pembangunan rangkaian pengangkutan awam dan infrastruktur atau lebih dikenali sebagai ‘first-last mile’.
“Caj kesesakan dapat menangani ketidaksamaan dalam pembiayaan infrastruktur yang kini memberi kepentingan kepada penggunaan kenderaan persendirian dengan mengorbankan pembangunan berasaskan pengangkutan awam,” katanya sambil mencadangkan caj itu dinamakan sebagai ‘Caj Nyah-Kesesakan’.
Mengulas lanjut, Transit Malaysia berkata, hasil daripada kutipan caj itu juga perlu dimanfaatkan kawasan luar pusat bandaraya.
Katanya, pelaburan perlu tumpu kepada usaha meningkatkan ketersambungan kawasan pinggir bandaraya, mempertingkatkan hubungan first-last mile dan menaik taraf perkhidmatan bas serta infrastruktur pejalan kaki dan basikal.
Pada bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Ser Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan caj kesesakan iaitu fi terhadap kenderaan peribadi yang memasuki ibu kota.
beliau berkata, purata kenderaan keluar masuk Kuala Lumpur adalah sebanyak 1.5 juta sehari dan purata 24 jam dalam satu masa, terdapat 6 juta kenderaan di dalam ibu kota.
#caj #kesesakan #KualaLumpur #TransitMalaysia
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi