Perak dipilih sebagai lokasi Himpunan Melayu Berdaulat Siri Kedua

BANGI, 22 ZULHIJJAH — Himpunan Melayu Berdaulat siri kedua akan diadakan di Perak pada 27 Julai depan, kata Sekretariat Melayu Berdaulat.

Koordinator Sekretariat Melayu Berdaulat, Mohamad Rosharizan Mohd Rozlan berkata, pemilihan Perak sebagai lokasi Himpunan Berdaulat Siri Kedua adalah berasaskan signifikan sejarah negeri itu yang menjadi tempat pertama campur tangan British di Tanah Melayu.

Rosharizan yang juga Pengerusi Pertubuhan Ekspresi Anak Malaysia berkata, pihaknya menganggap Perak sebagai bumi bertuah dan bumi perjuangan yang menyaksikan pertumpahan darah suatu ketika dahulu dalam usaha membela nasib orang Melayu menentang penjajahan.

“Tempat kita dalam perancangan tapi masih belum dimaklumkan lagi buat waktu ini. Namun, kerja-kerja awalan bersama NGO-NGO peringkat Perak telah pun kami susun.

“Segala perkembangan akan dimaklumkan kemudian. Perak menjadi destinasi kedua kami,” katanya dalam sidang media semalam.

Terdahulu, Himpunan Melayu Berdaulat berlangsung pada Mei lalu, di hadapan Kompleks SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dihadiri ratusan peserta.

Perhimpunan itu bertujuan menyuarakan pelbagai isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) serta isu tanah rizab Melayu.

Menurut Presiden Pertubuhan Muslim Al-Fateh, Aswanizam Alias, ketika ditanya mengenai isu besar yang akan dibawa dalam Himpunan Melayu Berdaulat Siri Kedua, menjelaskan ia berkisar kepada isu-isu berkaitan hak perlembagaan orang Melayu dan umat Islam.

Beliau berkata, hak itu terhakis disebabkan oleh pelbagai pelaksanaan serta kecelaruan yang berlaku dalam situasi semasa, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan hak orang Melayu dan umat Islam hari ini.

“Nombor satu, tentang hak-hak perlembagaan orang-orang Melayu Islam. Nombor dua ialah tentang keadaan dalam negara ni sendiri kan.

“Bahawa di mana bila kita melihat cabaran-cabaran kuasa yang sepatutnya dia dijadikan sebagai satu platform untuk check and balance pada dasar-dasar dan pelaksanaan kerajaan tu sendiri,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenaikan tarif Pelabuhan Klang: Pelabur lari ke negara jiran

Next Post

Kalau Yusoff Rawther pro-Israel, kenapa Anwar ambil dia bekerja? – Rafique

Related Posts