Kalau Yusoff Rawther pro-Israel, kenapa Anwar ambil dia bekerja? – Rafique

BANGI, 22 ZULHIJJAH — Laporan polis yang dibuat terhadap Muhammed Yusoff Rawther mendakwa kononnya bekas penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyokong Israel dilihat sebagai usaha untuk mengalih perhatian dan mencipta naratif.

Peguam mewakili Yusoff, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis terhadap anak guamnya berhubung kenyataan pro-Israel pada 2017 hanya mencetuskan persoalan.

“Isu mossad, isu YR (Yusoff Rawther) konon sokong Israel adalah dari laporan 2017. Kenapa Anwar ambil dia bekerja pada 2019 kalau betul YR mossad?

“Sesiapa sahaja berhak buat laporan polis. Diharap masa yang sama pihak PDRM telus siasat laporan YR pada 12 September 2024 yang namakan Anwar dan Farhash (Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak),” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, TV Pertiwi melaporkan beberapa NGO membuat laporan polis terhadap Yusoff Rawther susulan kenyataan pro-Israel yang dibuat pada 2017.

Ahli Sekretariat Nadi Gemilang Amal, Dzul Hilmi Zainol yang mewakili beberapa NGO lain berkata, persoalan timbul persoalan sama ada Yusoff adalah ejen Israel susulan sokongan pemuda itu kepada negara haram tersebut. 

Yusoff sebelum ini  dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes pemilikan senjata tiruan dan dadah yang ditemui dalam keretanya.

Cucu kepada aktivis pengguna Pulau Pinang Allahyarham SM Idris itu memfailkan saman sivil terhadap Anwar selepas mendakwa diserang secara seksual oleh Anwar seminggu sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Port Dickson.

Dalam pada itu, Rafique menasihatkan supaya isu ini tidak dipolitikkan kerana ia hanya membuatkan rakyat berasa meluat.

“Kalau isu YR Israel ini begitu penting tiba-tiba, seharusnya apabila Richard Quest bertanya dua soalan mudah ‘adakah Israel mempunyai hak untuk wujud dan mempertahankan dirinya’, Anwar jawab dua kali ‘ya’, manakah AMK masa itu?” soal beliau.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perak dipilih sebagai lokasi Himpunan Melayu Berdaulat Siri Kedua

Next Post

Sokong kerajaan tak bermakna perlu jadi ‘yes man’ – MCA

Related Posts