SABTU, 18 DISEMBER – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMelaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri sehingga hari ini.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.
Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata :
“Hujan berterusan juga peringkat jingga pula dijangkakan berlaku di Perak membabitkan kawasan di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,”
Ketika dihubungi Harian Metro, Helmi berkata, “… Kelantan, Terengganu dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan turut dijangkakan mengalami keadaan hujan berterusan.”
Beliau menambah, hujan lebat berterusan itu berlaku disebabkan oleh luruan monsun atau ‘Cold surge’ dan juga lekukan tropika atau ‘Tropical depression’.
Namun katanya, amaran hujan lebat ini akan dikemas kini serta bergantung kepada keadaan semasa ke semasa.
Ketika ini Monsun Timur Laut, dijangka tamat hari ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik.
Semalam, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.
Menerusi kenyataan Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (J-P-S) berkata, amaran banjir itu bermula pada 12 tengah malam tadi.