Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 29 RAMADAN — Hamas bersetuju dengan rancangan gencatan senjata di Gaza yang dikemukakan perantara Mesir dan Qatar.
Pemimpin kanannya, Khalil Al-Hayyam berkata gencatan senjata yang akan berlangsung selama 50 hari bakal menyaksikan Hamas membebaskan lima tahanan, lapor AFP.
Israel bagaimanapun menawarkan pelan rancangan baru kepada perantara Mesir dan Qatar yang bakal mendapat kerjasama dari Amerika Syarikat (AS).
Pelan gencatan senjata itu jika disepakati, umat Islam di Gaza akan dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih aman tanpa serangan kejam Israel.
Penduduk haram di Israel juga dapat meraikan Paskah pada 12 April ini tanpa perlu berasa bimbang serangan roket yang mungkin dilancarkan Hamas.
Hamas kini masih melindungi 59 tahanan Israel walau tidak semua yang berada di Gaza dilaporkan masih hidup.
Fasa pertama gencatan senjata menyaksikan Hamas membebaskan 33 tahanan Israel dengan balasan ribuan warga Palestin dibebaskan dari penjara.
Israel kembali menyerang Gaza minggu lalu selepas Hamas berkeras mendesak Israel untuk akur kepada perjanjian gencatan senjata fasa dua.
Sejak seminggu lalu, lebih 900 rakyat Gaza terkorban dalam serangan udara dan darat dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Waris tahanan Israel di Tel Aviv juga menyelar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana kembali menyerang Gaza yang mengancam nyawa tebusan.
Hamas sekali lagi memuatkan video tular seorang tahanan lelaki Elkana Bohbot yang berasa tertekan dan memohon usaha membebaskannya dipergiat.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi