Israel tingkatkan serangan di Gaza ketika kempen agih vaksin polio sedang dilaksana

Serangan udara dilancarakan Israel secara berterusan di Gaza. – Foto ABC News

Negara haram Israel mempertingkakan serangan udara di bandar Gaza dan Rafah ketika usaha mengagihkan vaksin polio sedang dilaksanakan di wilayah tengah Semenanjung itu, demikian menurut laporan Aljazeera.

 

Justeru, Menteri Kesihatan Palestin, Majid Abu Ramdan menggesan komuniti antarabangsa terus memberi tekanan terhadap Israel untuk menghentikan pengeboman bagi membolehkan kempen pengagihan vaksin berjalan lancar.

 

Menurut beliau, seramai 33 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat selepas Israel melancarkan pencerobohan terbesar sejak 2000 pada minggu lepas.

 

Pada masa sama, jurucakap jabatan negara Amerika Syarikat berkata, keputusan sama ada untuk meneruskan jualan senjata kepada Israel masih dalam penilaian selepas United Kingdom baru-baru ini melaksanakan larangan separa jualan senjata kepada negara haram itu.

 

Terkini, dilaporkan sekurang-kurangnya 40,819 rakyat Palestin syahid manakala 94,291 cedera akibat serangan berterusan Israel di Gaza.

 

Sumber: Aljazeera

 

#TvPertiwi

 

Kenapa perlu bayar lebih, IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DENGAN KAMI Di TV Pertiwi.

 

Klik : http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mohon bantuan cari ibu kandung anak angkat bagi urusan dokumentasi

Next Post

KKM beri kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan 3 doktor

Related Posts