Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 29 MAC — Menteri Agama Indonesia memaklumkan republik itu akan meraikan Aidilfitri pada Isnin selepas ketinggian anak bulan tidak memenuhi kriteria ditetapkan.
Nasaruddin Umar berkata umat Islam di Indonesia masih dibolehkan untuk menunaikan solat tarawih pada malam ini sebelum menyambut lebaran pada Isnin, lapor BERNAMA.
“Secara hisab, data hilal [anak bulan] pada hari ini belum memenuhi kriteria penampakan hilal.
“Jadi malam ini, untuk seluruh wilayah Indonesia, kita masih perlu menunaikan solat tarawih,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Jakarta, hari ini.
Nasaruddin berkata dengan pengumumannya pada hari ini, umat Islam di Indonesia diharap dapat meraikan Aidilfitri secara bersama dengan penuh meriah.
Kriteria cerapan di Indonesia selari dengan Kementerian Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini optimis umat Islam di Malaysia akan meraikan 1 Syawal pada Isnin dengan potensi cerah dapat melihat anak bulan.
Berdasarkan video yang dikongsikan di media sosial, JAKIM berkata kriteria imkanur rukyah, kenampakan anak bulan sudah melebihi ufuk sebanyak tiga darjah.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi