KPN: 894 laporan polis, Peguam Negara masih kaji dakwa Zamri Vinoth

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 11 RAMADAN — Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) masih mengkaji sama ada untuk mendakwa pendakwah bebas Zamri Vinoth. 

 

Ketua Polis Negara berkata sebanyak 894 laporan diterima pihak polis susulan kenyataan Zamri yang cenderung kepada penghinaan agama, lapor Berita Harian. 

 

“Proses rakaman percakapannya sudah dilakukan dan kertas siasatan juga sudah diserah ke AGC untuk tindakan selanjutnya.

 

“Kertas siasatan masih dalam kajian pihak AGC. Setakat ini, belum ada arahan lanjut,” katanya.

 

Ahli Parlimen DAP RSN Rayer dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan sebelum ini menggesa penganut Hindu membuat laporan polis terhadap Zamri. 

 

Mereka mendakwa kenyataan Zamri di Facebook berhubung upacara Thaipusam menghina agama Hindu.

 

Zamri bagaimanapun menafikan dakwaan itu kerana apa yang dibangkitkannya adalah kisah benar berdasarkan pengalaman sendiri.

 

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata kertas siasatan membabitkan penyampai Radio ERA juga masih dalam kajian AGC.

 

“Setakat ini, kita belum menerima arahan selanjutnya,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pesalah lain penjara, SKMM jawab denda RM10,000 Harith, Cecelia

Next Post

UMNO tidak berkompromi dengan pihak cabar kedudukan Islam, keistimewaan Melayu-Bumiputera

Related Posts