Hamas jamin bebaskan tahanan, Israel buka Koridor Netzarim

Ratusan kereta yang berisi barangan sebelum ini terkandas di Koridor Netzarim selepas Israel menyekat perjalanan mereka ke utara Gaza.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 Rejab — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini memberi jaminan rakyat Palestin dibenarkan kembali ke rumah mereka di utara Gaza. 

 

Pejabat Netanyahu memaklumkan rakyat Gaza sebelum ini dihalang kembali ke rumah mereka selepas Hamas gagal memenuhi perjanjian gencatan senjata, lapor AFP. 

 

“Hamas gagal memenuhi perjanjian dan akan melaksanakan fasa tambahan membebaskan tahanan Khamis ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pejabat Netanyahu berkata tiga tahanan akan dibebaskan Khamis ini manakala tiga lagi tahanan akan dibebaskan pada Sabtu.

 

Israel sebelum ini mendakwa mereka akan terus menyekat rakyat Palestin sehingga tahanan wanita Arbel Yehud dibebaskan.

 

Hamas mendakwa sekatan rakyat Palestin untuk pulang ke rumah mereka di utara Gaza mencabuli perjanjian gencatan senjata. 

 

Katanya, Hamas sudah pun memberi jaminan yang perlu agar tahanan wanita itu dapat dibebaskan. 

 

Ratusan kereta yang berisi barangan sebelum ini dilihat terkandas di Koridor Netzarim selepas Israel menyekat perjalanan mereka ke utara Gaza.  

 

Fasa pertama gencatan senjata bakal menyaksikan Hamas membebaskan 33 tahanannya manakala Israel membebaskan kira-kira 1,900 rakyat Palestin dari penjara. 

 

Hamas membebaskan empat askar wanita Israel kelmarin menyaksikan 200 tahanan Palestin dibebaskan dalam siri kedua pembebasan tahanan. 

 

Gencatan senjata yang bermula hujung minggu lalu menyaksikan banyak bantuan masuk ke Gaza seperti makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan. 

 

87 warga Israel yang ditahan pada 7 Oktober 2023 masih berada dalam kawalan Hamas termasuk 34 tentera penjajah yang dilaporkan terkorban.  

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bela premis arak, PAS gesa Kor Ming angkat diktator Stalin jadi idola

Next Post

Jordan, Mesir bantah cadangan Trump pindahkan dua juta rakyat Gaza

Related Posts