Trump perbesarkan kesan serangan AS – Khamenei

BANGI, 4 MUHARRAM — Pemimpin Tertinggi Iran mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memperbesar-besarkan kejayaan serangan tentera AS baru-baru ini, ke atas tapak nuklear Iran, dengan mengatakan serangan itu tidak mencapai sebarang hasil yang signifikan.

“Presiden AS memperbesar-besarkan kejadian dalam cara yang luar biasa, dan ternyata beliau memerlukan cara itu,” kata Ali Khamenei dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun rasminya di X, semalam.

“Sesiapa yang mendengar kata-kata itu faham bahawa di sebaliknya tersembunyi satu kebenaran lain. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa dan memperbesar-besarkan untuk menutup dan menyembunyikan kebenaran,” katanya.

Trump dalam satu temu bual bersama Fox News berkata: “Kami masuk. Kami musnahkan keupayaan nuklear mereka, dan kami berhenti. Ia sesuatu yang sangat indah. Dan mereka tidak boleh pergi lebih jauh… Itu adalah 12 hari yang sangat sengit…sangat, sangat sengit.”

Konflik antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas tapak tentera, nuklear dan awam Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya 606 orang dan mencederakan 5,332 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Iran.

Tehran melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas Israel, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan lebih 3,400 orang, menurut angka yang dikeluarkan oleh Universiti Ibrani.

AS terbabit secara langsung dalam konflik ini dengan mengebom kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan

Konflik itu terhenti selepas satu gencatan senjata tajaan AS yang berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.


Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Badan Peguam Malaysia bimbang ketidaktentuan pelantikan Ketua Hakim Negara

Next Post

Tindakan SPRM beku harta ibarat dera keluarga Daim, kata Tun M

Related Posts