Jordan, Mesir bantah cadangan Trump pindahkan dua juta rakyat Gaza

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 Rejab — Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan rakyat Gaza mendapat bantahan negara jiran.

 

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata cadangan Donald Trump itu langsung tidak boleh diterima untuk memindahkan dua juta rakyat Gaza ke negara berhampiran, lapor AFP. 

 

“Bantahan kami terhadap pemindahan rakyat Palestin adalah kekal dan tidak akan berubah. Jordan untuk Jordan dan Palestin untuk Palestin,” katanya.

 

Bantahan sama disuarakan Kementerian Luar Mesir mendakwa sebarang pelanggaran rakyat Palestin tidak boleh dibiarkan.  

 

Sementara itu, Liga Arab menjelaskan mereka menolak cadangan Trump dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka.

 

“Pemindahan paksa dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka boleh disifatkan sebagai pembersihan etnik,” katanya dalam satu kenyataan. 

 

Seorang warga Gaza, Rashad Al-Naji yang terlibat dalam pengusiran tentera penjajah Zionis sejak 7 Oktober 2023 berkata mereka akan kekal di bumi Palestin. 

 

“Kami ingin katakan kepada Trump dan seluruh dunia, kami tidak akan tinggalkan Palestin atau Gaza biar apa pun yang terjadi,” katanya. 

 

Trump kelmarin bercadang mahu memindahkan rakyat Gaza selepas menyifatkan wilayah itu mengalami kemusnahan teruk dibedil Zionis.  

 

Katanya, cadangan itu sudah disuarakan kepada Raja Jordan, Raja Abdullah selepas melihat kemusnahan teruk di Gaza. 

 

“Saya mahu Mesir dan Jordan mengambil rakyat Gaza,” katanya dalam satu sidang media kelmarin di Amerika Syarikat.

 

Trump membayangkan cadangan pemindahan itu mungkin bersifat kekal atau sementara yang mendapat sokongan penuh puak kanan Israel.

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas jamin bebaskan tahanan, Israel buka Koridor Netzarim

Next Post

Arak haram, mufti seru Kor Ming jaga sensitiviti umat Islam

Related Posts