Kempen boikot produk Israel tetap diteruskan – BDS Malaysia

Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Nazari Ismail

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Khamis – Kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia tetap akan meneruskan kempen memboikot produk berkait dengan Israel meskipun gencatan senjata akan dilaksanakan bermula Ahad ini.

 

Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Nazari Ismail berkata, walaupun gencatan senjata itu dianggap sebagai perkembangan positif, namun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan terus menyeru komuniti antarabangsa supaya memboikot produk Israel dan pihak sekutunya selagi negara haram itu tidak memenuhi segala tuntutan yang dikemukakan. 

 

Beliau berkata, terdapat tiga tuntutan yang perlu ditunaikan Israel termasuk menamatkan penjajahan ke atas tanah Palestin, sekatan terhadap Gaza dan robohkan tembok ‘aparteid’ yang dipasang.

 

“Kedua, mengiktiraf hak rakyat Palestin dan pelarian warga negara itu dengan membenarkan mereka pulang ke tanah atau rumah masing-masing.


 

“Ini adalah hak mereka seperti yang termaktub dalam Resolusi 194 yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1948.

 

“Ketiga, iktiraf hak sama rata kepada semua rakyat Palestin,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Media antarabangsa melaporkan hari ini melaporkan Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini untuk menghentikan perang yang telah berlaku selama 15 bulan di Gaza.

 

Peperangan yang dilabel sebagai tindakan genosid oleh Israel itu telah menyebabkan 46,707 rakyat Palestin terkorban manakala 110,265 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023.

 

Mengulas lanjut, Nazari berkata, ketika kempen boikot itu diteruskan, kekerapan aktiviti NGO itu mungkin akan dikurangkan seperti Jalan-Jalan Palestin yang sebelum ini diadakan secara mingguan.

 

“Tetapi aktiviti lain akan berjalan seperti biasa,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAKIM ulang sandwic ‘ham and cheese’ di KK Mart tiada sijil halal

Next Post

Gencatan senjata hanya akan ‘memperlahankan’ kekejaman Israel – Pakar geostrategi

Related Posts