Jangan tarik balik pendakwaan terhadap Daim – Naimah

Oleh: Wartawan Pertiwi

 

BANGI, Selasa –  Tiada keperluan untuk peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan pendakwaan terhadap Allahyarham Tan Sri Daim Zainuddin yang telah meninggal dunia pada 13 November lalu.

 

Isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid menegaskan bahawa hasrat bekas Menteri Kewangan itu supaya perbicaraan terhadapnya tetap diteruskan di mahkamah sehingga selesai walau apapun terjadi.

 

“Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah.

 

“Dengan kata lain, tidak ada keperluan untuk Peguam Negara mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Daim.

 

“Malah kami tidak mahu memohonnya,” katanya dalam kenyataan sambil memberitahu beliau telah mengarahkan peguamnya menulis surat kepada peguam negara bagi memberitahu keputusan terbabit.

 

“Peguam saya seterusnya akan memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tentang keputusan kami bahawa perbicaraan perlu diteruskan apabila kes ini bersambung pada 20 Nov (esok),” katanya.

 

Tambah Naimah,mereka tidak akan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berselindung di sebalik kematian Daim dan menganggap tuduhan tersebut adalah fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang terhadap suaminya secara terbuka. 

 

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, timbalan pendakwa raya akan memutuskan tindakan yang selanjutnya berhubung pendakwaan yang dihadapinya oleh Daim susulan kematiannya. 

 

Sumber: FMT

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar lebih bijaksana jika akui hak rakyat Palestin, kata Hassan

Next Post

Israel serang, rompak 109 trak bantuan makanan PBB untuk Gaza yang kebuluran

Related Posts