Surat Istana Pahang sahkan Titah Adendum wujud, sahih

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang diserahkan kepada mahkamah hari ini bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawahan tahanan rumah.

 

Menurut Berita Harian, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan dokumen itu ketika mengemukakan permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung Titah Adendum berkenaan.

 

Menurut beliau, surat bertarikh 4 Januari lalu itu dihantar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar.

 

Kandungan surat itu memaklumkan baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.

 

“Sehubungan dengan itu, melalui surat ini, saya bagi pihak Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah dengan ini memperakukan bahawa Titah Addendum Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku termaksud adalah wujud dan sahih,” demikian menurut surat berkenaan.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ponteng, kahwin antara punca calon cicir SPM, kata pensyarah

Next Post

Ternyata kerajaan meremehkan, menyembunyikan perihal Titah Adendum – Tun Faisal

Related Posts