Oleh: Wartawan Pertiwi
BANGI, Selasa – Sekurang-kurangnya 30 rakyat P4lestin disahkan syahid akibat serangan Israel di kem pelarian Nuseirat pada Isnin, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Menurut laporan media antarabangsa, serangan itu dilakukan negara haram Israel menggunakan beberapa kereta kebal dengan menceroboh kawasan perlindungan pelarian rakyat Palestin di Kem Nuseirat.
Berdasarkan sumber penduduk yang berada di lapangan, kereta kebal tersebut dilihat melepaskan tembakan secara melulu sehingga mengakibatkan keadaan yang amat panik dalam kalangan pelarian yang berteduh di kawasan tersebut.
Mereka turut menyatakan, pencerobohan kereta kebal itu benar-benar mengejutkan.
Setengah penduduk tidak boleh keluar dan terus terperangkap di dalam rumah mereka.
Pada masa yang sama, Isr4el turut rakus menghalau puluhan ribu penduduk Palestin dengan memaksa mereka untuk mengosongkan kawasan tersebut, lantas mencetuskan kebimbangan bahawa mereka mungkin tidak akan dibenarkan pulang.
Serangan Isr4el yang berterusan tanpa henti itu menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian rakyat P4lestin sekurang-kurangnya 43,603 disahkan terbunuh manakala 102,929 lagi mengalami kecederaan sejak 7 Oktober pada tahun lalu.
Sumber: Reuters
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI