Menteri Undang-Undang tidak menganggotai, terlibat dengan Lembaga Pengurusan

Kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said tidak menganggotai atau terlibat dengan apa-apa urusan melibatkan Lembaga Pengampunan.

 

Perkara itu disahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kenyataan itu merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat pagi tadi yang menuntut Azalina membuat penjelasan berhubung kenyataan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

 

Terdahulu, Takiyuddin yang bangkit dengan Peraturan 36(12), berkata Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang membuat kenyataan tidak berfakta dan mengelirukan kerana menyatakan Menteri Wilayah bertanggungjawab dalam sekretariat Lembaga Pengampunan membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Namun begitu, kenyataan JPM menyatakan Perkara 42(11) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan Menteri Wilayah Persekutuan adalah seorang ahli Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajayas\ serta menyediakan pelaporan secara terus hanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan sebagai menteri yang bertanggungjawab,” ujar kenyataan itu.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dera, letak anak dalam sangkar; tiga wanita dipenjara 14 hari

Next Post

30 lagi rakyat Palestin syahid, Israel hantar kereta kebal Israel ceroboh tengah Gaza

Related Posts