SELASA, 18 JANUARI – Kerajaan Jepun memulakan rundingan untuk mengenakan separa darurat di Tokyo dan kawasan sekitarnya bagi tempoh seminggu susulan peningkatan kes COVID-19, kata penyiar FNN hari ini.
Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, Khamis lalu, dilaporkan berkata ibu negara akan mencadangkan langkah sedemikian jika penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 meningkat kepada 20 peratus.
Tokyo memperuntukkan kira-kira 6,900 daripada kira-kira 128,000 keseluruhan katil bagi penjagaan pesakit COVID-19. – AGENSI
-Berita Harian