Serah warganegara jika mahu kibar bendera asing, kata PAS

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

PAS menggesa warganegara Malaysia yang mengibarkan bendera China di mana-mana perayaan tidak dihalang kemahuan mereka. 

 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata golongan berkenaan juga wajar menyerahkan kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain.    

 

“Jika ada warganegara Malaysia yang berminat hendak kibarkan bendera lain ketika mana-mana perayaan, janganlah dihalang-halang, itu minat dan kecenderungan mereka. 

 

“Syaratnya, serahkan kewarganegaraan itu dulu. Daftarlah warganegara di negara bendera yang mereka junjung itu. Ringan sikit bumi Malaysia,” coretnya di Facebook hari ini. 

 

Beliau mengulas video di media sosial memaparkan perarakan sekumpulan memegang bendera China di Dataran Menara Condong semalam.

 

Warga maya mempersoalkan kejadian tersebut yang dilihat mencabar kedaulatan undang-undang negara. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kibar bendera China: ADUN DAP nafi terlibat, gesa PAS Perak mohon maaf

Next Post

Bozz Jebat sedia ajar pengibar bendera China lebih beradab

Related Posts