Kibar bendera China: ADUN DAP nafi terlibat, gesa PAS Perak mohon maaf

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong  menafikan beliau bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming hadir ke mana-mana porgram yang melibatkan pengibaran bendera China di Teluk Intan, Perak.


 

Dalam satu kenyataan, Kah Leong berkata, dakwaan terhadap beliau dan Ahli Parlimen Teluk Intan itu adalah pembohongan.

 

Justeru, beliau menggesa Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka selepas membuat dakwaan itu.

 

“Saya ingin menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan Razaman bahawa tindakan kibar bendera CHina tidak pernah berlaku sewaktu berlangsungnya Pesta Tanglung anjuran wakil rakyat setempat yang diadakan pada 13 September 2024.

 

“Kenyataan Razman adalah sangat berbaur fitnah dan jahat lantaran tindakannya yang cuba mengaitkan insiden mengibarkan bendera China dengan Nga Kor King dan saya, “katanya menerusi hantara dalam Facebook beliau.

 

Pada masa sama, Kah Leong berkata, Razman sebagai ketua pembangkang seharusnya menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataaan dan mengambil iktibar daripada kes disaman fitnah sebelum ini.

 

Hari ini, tular video memaparkan sekumpulan individu menyertai perarakan sambil mengibarkan bendera China di Teluk Intan sebelum pihak penganjur program itu membuat permohonan maaf.

 

Dalam kenyataan oleh Pengerusi Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, beliau menjelaskan perarakan itu adalah sempena sambutan Guan Gong Sedunia yang mana pengibaran bendera China itu tidak ada dalam tentatif sedia ada.

 

Bagaimanapun, video yang tular di media sosial itu turut mengundang kecaman ramai termasuk desakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh terhadap pihak polis untuk siasat dan mengambil tindakan tegas.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PAS Perak gesa siasat Menteri, Exco hadir perarakan kibar bendera China

Next Post

Serah warganegara jika mahu kibar bendera asing, kata PAS

Related Posts